Carsome Academy, YRMS bantu belia kurang mampu sertai TVET

Iklan
Jiun Ee (kanan) semasa penyampaian CoC disaksikan Tengku Amir Shah pada Hari Terbuka TVET YRMS di Politeknik Sultan Idris Shah, baru-baru ini.

SHAH ALAM - Carsome Academy berkolaborasi dengan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) membantu golongan belia kurang berkemampuan menyertai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Usahasama itu dicapai melalui Sijil Kerjasama (CoC) pada Hari Terbuka TVET YRMS disempurnakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah di Politeknik Sultan Idris Shah, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Carsome Academy, Teoh Jiun Ee berkata, kerjasama bersama YRMS itu membolehkan pihaknya memperluaskan peranan dan impak dalam komuniti.

"Dengan menyediakan biasiswa dan pendidikan berkualiti melalui program TVET yang fokus kepada automotif, kami dapat membantu membentuk tenaga kerja masa hadapan.

Iklan

"Secara tidak langsung memberikan peluang kepada belia kurang berkemampuan untuk berjaya," katanya menerusi kenyataan.

Carsome Academy menjadi salah satu daripada enam rakan institusi utama yang bekerjasama dengan YRMS.

Iklan

Melalui kerjasama ini, biasiswa akan ditawarkan kepada pelajar kurang berkemampuan bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran di akademi tersebut.

Jiun Ee berkata, sebagai institusi latihan TVET automotif yang diiktiraf, pihaknya komited mempersiapkan belia untuk industri automotif melalui tawaran program TVET menyeluruh selaras kehendak industri.

"Sejak penubuhan YRMS pada 2003, yayasan itu telah berdedikasi untuk memperkasakan belia kurang berkemampuan melalui program pendidikan, vokasional dan pembangunan diri.

"Hingga kini, YRMS telah menyokong lebih daripada 5,726 pelajar dari seluruh Malaysia, memupuk bakat terpendam dan membantu mereka membina masa hadapan yang lebih cerah.

"Melalui kolaborasi ini, Carsome Academy akan menyokong misi YRMS dengan menyediakan laluan khusus dalam sektor automotif serta menawarkan alatan dan pendidikan kepada belia kurang berkemampuan supaya mereka dapat meraih peluang pekerjaan dan perkembangan diri," katanya