Trump diberi amaran ancaman bunuh dari Iran

Iklan
Donald Trump. Foto AFP

WASHINGTON - Calon Presiden Parti Republikan, Donald Trump telah diberi taklimat oleh perisikan Amerika Syarikat (AS) mengenai ancaman bunuh dari Iran, menurut pasukan kempennya pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Trump telah diberi taklimat oleh Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan mengenai ancaman yang nyata dan khusus dari Iran untuk membunuhnya dalam usaha untuk menggugat kestabilan dan mencetuskan kekacauan di Amerika Syarikat.

Iklan
Iklan

"Pegawai risikan telah mengenal pasti bahawa serangan yang berterusan dan terkoordinasi ini telah meningkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini,” kata jurucakap bekas Presiden AS itu, Steven Cheung.

Steven berkata, pegawai penguatkuasa undang-undang sedang berusaha memastikan Trump dilindungi dan pilihan raya presiden pada 5 November bebas daripada campur tangan.

Iklan

Menurut beliau, Iran"takut dengan kekuatan dan ketegasan” Trump.

Pada Ogos, agensi perisikan AS menyalahkan Iran berhubung penggodaman terhadap kempen Trump.

Iklan

Iran kemudian menawarkan kepada kempen Presiden AS, Joe Biden mengenai maklumat yang dicuri daripada Trump. - Bernama-dpa