Ira mohon Syamsul bayar RM3,000, mahkamah benarkan RM200

Iklan
Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan Syamsul dan Ira bercerai talak satu.

GOMBAK TIMUR - Ira Kazar memohon supaya bekas suaminya, Syamsul Yusof membayar kos prosiding sebanyak RM3,000 namun Mahkamah Rendah Syariah di sini membenarkan RM200, pada Rabu.

Peguam syarie, Azmi Rais yang mewakili pengarah filem 'Mat Kilau' berusia 40 tahun itu berkata, Hakim Syarie, Maizatul Aliza Chee Din memutuskan demikian selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof selaku plaintif, tidak bersetuju dengan kadar terbabit memandangkan isu perceraian telah diselesaikan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, pada tiga minggu lalu.

"Pertikaian rumah tangga mereka selesai ketika prosiding pada hari pertama sebutan kes di sana, sekali gus menjimatkan masa serta kos pihak Ira selaku defendan dan anak guam.

Iklan

"Pada prosiding hari ini, anak guam saya mahu menarik balik permohonan cerainya tetapi pihak defendan pula minta kos," katanya ketika dihubungi.

Sedangkan beliau berkata, Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, tidak hadir pada prosiding permohonan cerai di sini pada 27 Ogos lalu dan hanya memaklumkan terdapat kes lain di Kuala Selangor.

Iklan

Sementara itu, peguam syarie, Mohammad Fadhil Abdul Razak yang mewakili anak pelakon veteran itu berkata, pihaknya menuntut kos terbabit memandangkan plaintif telah menyusahkan defendan kerana tidak berterus terang wujudnya lafaz taklik, ketika prosiding lalu.

"Mahkamah membenarkan kos sebanyak RM200 tetapi saya kesal, lafaz cerai pada Jun lalu tetapi tindakan yang diambil pada Ogos bukan merujuk pada pengesahan lafaz cerai tersebut.

"Sebaliknya merujuk kepada permohonan cerai biasa," katanya.

Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan Syamsul dan Ira bercerai talak satu.

Pengesahan cerai itu dibuat Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib selepas berpuas hati dengan pengakuan Ira, wujud pelanggaran taklik.

Syamsul dan Ira yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari 2023.

Berita pernikahan itu disahkan Syamsul sendiri menerusi video yang dimuat naik dalam akaun laman sosial Instagram miliknya.

Pernikahan itu didaftarkan di Perlis pada 20 Januari tahun sama.