GISBH: Polis terima 10 laporan daripada mangsa eksploitasi buruh paksa

Iklan
Polis menerima 10 laporan dibuat individu yang dipercayai pernah menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa melibatkan syarikat GISBH.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 10 laporan yang dibuat oleh individu yang dipercayai pernah menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa melibatkan syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ⁠mangsa yang terlibat berusia lingkungan 14 hingga 20-an pada tarikh kejadian.

Iklan
Iklan

"Lokasi kejadian berlaku di Miri (Sarawak), Rawang (Selangor) dan Alor Setar (Kedah). Tarikh kejadian pula berlaku dari 2013 hingga 2024," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Razarudin

Iklan

Pada 21 September lalu, Razarudin dilaporkan berkata, seramai 200 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan GISBH termasuk pemimpin utama sudah ditahan polis menerusi Op Global.

Ia termasuk 14 individu bersama 17 orang memegang jawatan di organisasi berkenaan yang ditahan sekitar Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah (sempadan Malaysia-Thailand), sejak Rabu lalu.

Iklan

Razarudin meminta individu pernah menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan kes itu tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran bagi membolehkan siasatan dilengkapkan secara tuntas serta menyeluruh.