Kejuaraan Kelab ASEAN: TFC gagal raih tiga mata di laman sendiri

Iklan
Pemain TFC, Akhyar Rashid (dua, kiri) bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan setelah berjaya menjaringkan gol awal untuk pasukannya semasa menentang pasukan Dong A Thanh Hoa FC pada aksi kumpulan A Kejuaraan Kelab ASEAN di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu. Foto Bernama

TERENGGANU FC (TFC) hanya meraih satu mata selepas seri 2-2 dengan kelab Vietnam, Dong A Thanh Hoa FC (DATH FC) dalam perlawanan Kumpulan A, Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) 2024/25 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada Rabu.

Babak awal perlawanan berlangsung hambar tanpa sebarang percubaan menarik daripada kedua-dua pasukan yang gagal menemui rentak permainan.

Iklan
Iklan

Namun, pada minit ke-22, pasukan tuan rumah yang dibimbing Tomislav Steinburckner berjaya memecah kebuntuan apabila pemain sayap Muhammad Akhyar Rashid, melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti untuk menghasilkan gol.

Teruja dengan gol tersebut, pasukan tuan rumah terus menggandakan asakan terhadap kubu pertahanan lawan bagi mencari jaringan tambahan dalam usaha mendapatkan tiga mata pertama.

Iklan

Tekanan demi tekanan yang diberikan oleh tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila Manuel Ott menjaringkan gol kedua skuad Penyu, sekali gus meletakkan mereka mendahului 2-0.

Pemain TFC, Muhammad Azam Azmi (dua, kanan diekori rapat pemain pasukan Dong A Thanh Hoa FC pada aksi kumpulan A Kejuaraan Kelab ASEAN di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Foto Bernama

Namun, kegembiraan penyokong tuan rumah tidak bertahan lama apabila pasukan pelawat yang dibimbing oleh Velizar Emilov Popov berjaya merapatkan jurang dengan gol pertama menerusi pemain import, Luiz Soares, pada masa tambahan babak pertama, diikuti gol penyamaan pada minit ke-52.

Iklan

Gol kedua DATH FC hadir selepas pemain pertahanan tuan rumah, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili, secara tidak sengaja tertolak bola ke gawang sendiri.

Baki perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah memperoleh beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan, namun gagal disempurnakan sehingga tamat permainan.

Keputusan kekal seri hingga tamat perlawanan. - Bernama