Orang awam meredah hujan menggunakan payung ketika tinjauan fotoBernama di kawasan sekitar Ipoh hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi laman sesawang pada 25 September 2024 mengeluarkan notis bahawa amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hari ini.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar), Kelantan (Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah), Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan, Melaka, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), Sarawak: Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang, Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Pantai Barat (Kota Belud), Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 9:00 malam; Rabu, 25 September 2024. Foto Bernama