Utamakan anak B40 untuk biasiswa, bukan anak orang kayangan

Iklan
Gambar hiasan

BARU-BARU ini kerajaan telah mengarahkan semua pentadbir universiti tempatan supaya menerima masuk pelajar miskin dan daif, serta menangguhkan kutipan yuran pendaftaran daripada mereka.

Langkah ini sesuatu yang bagus bagi memastikan tiada pelajar miskin tercicir daripada melanjutkan pengajian semata-mata kerana masalah kewangan.

Iklan
Iklan

Namun dalam masa sama, Merak Jalanan juga berharap kerajaan dapat melihat isu biasiswa kepada pelajar miskin yang cemerlang.

Tujuan asal biasiswa adalah untuk membantu pelajar cemerlang yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta.

Iklan

Namun Merak Jalanan lihat sejak kebelakangan ini tujuan biasiswa seolah-olah telah terpesong apabila agensi kerajaan mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lebih gemar menaja pelajar cemerlang terutamanya yang memperoleh 9A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kurang memberi keutamaan kepada tahap kewangan keluarga pelajar.

Iklan

Mereka yang terpilih ini boleh dikatakan rata-ratanya daripada keluarga T20 malah ada yang lebih kaya daripada itu.

Sebahagian besar menggunakan kereta berjenama mewah dari luar negara ketika menghantar anak-anak mendaftar diri, malah ada yang menaiki Porsche.

Sebahagian daripada pelajar-pelajar ini juga dibelikan kereta untuk kegunaan sepanjang pengajian sedangkan anak-anak B40 terpaksa mengikat perut sepanjang pengajian.

Kepada golongan T20, jika berkemampuan, tajalah sendiri pendidikan anak-anak. Biarlah peluang anak-anak B40 memperoleh biasiswa atau tajaan daripada agensi kerajaan atau GLC menjadi semakin cerah.

Pendidikan dapat mengubah kehidupan keluarga. Kebanyakan golongan B40 masih terkebelakang disebabkan hak golongan berkenaan seperti biasiswa diambil oleh mereka yang berstatus T20.