Ketahui hak selepas bercerai, usah takut untuk tuntut

Iklan
Para bekas isteri dan ibu harus tahu hak-hak mereka jika bekas suami culas memberi nafkah. Gambar hiasan

TANGGUNGJAWAB memberi nafkah terhadap anak tetap menjadi tanggungjawab kepada seorang bapa dan tidak akan putus dengan sebab penceraian.

Namun proses ketetapan nafkah bekas isteri dan anak oleh mahkamah syariah biasanya mengambil masa lama mungkin memakan masa bertahun-tahun jika kadar nafkah tidak dipersetujui bekas suami atau gagal menghadiri sesi perbicaraan kes.

Iklan
Iklan

Kehidupan selepas berpisah tentunya tidak mudah apatah lagi jika si ibu tidak bekerja sepanjang perkahwinan.

Nak mula bekerja selepas bercerai, siapa pula nak jaga anak-anak sepanjang keluar bekerja.

Iklan

Sepanjang proses mahkamah, kehidupan perlu diteruskan seperti biasa. Makanan, pakaian, persekolahan dan tempat tinggal anak-anak perlu disediakan. Semuanya memerlukan wang.

Sehubungan itu, langkah kerajaan mahu mewujudkan satu formula khusus yang boleh diguna pakai semua mahkamah syariah dalam menentukan kadar perintah nafkah anak kepada ibu bapa yang bercerai diyakini dapat mempercepatkan proses ketetapan nafkah sekali gus memastikan kebajikan bekas isteri dan anak-anak terbela.

Iklan

Walaupun penetapan formula ini diyakini dapat mempercepatkan proses pemberian nafkah, ia masih tidak berguna jika bekas suami dan bapa ini tidak patuh kepada ketetapan berkenaan.

Apa yang lebih penting bukan sekadar kadar yang ditetapkan, tetapi pematuhan kadar itu. Para bekas isteri dan ibu harus tahu hak-hak mereka jika bekas suami culas memberi nafkah.

Berdasarkan peruntukan undang-undang, mahkamah boleh mengeluarkan perintah termasuk pemotongan gaji dan penjualan aset sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap perintah nafkah.

Bekas suami dan bapa yang sengaja tidak mematuhi perintah nafkah tersebut juga boleh dikenakan hukuman penjara.

Walaupun undang-undang telah memperuntukkan hukuman-hukuman ini, ia tidak akan terlaksana tanpa maklumat dan pengaduan daripada pihak yang diabaikan.

Justeru, bagi membolehkan isu pengabaian perintah diselesaikan, pihak yang diabaikan perlu tampil ke hadapan untuk memulakan tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah.

Tanpa adanya laporan atau aduan, pihak berkuasa tidak dapat memulakan tindakan terhadap bapa atau bekas suami yang mengabaikan perintah nafkah.

Usah takut untuk tuntut hak anda.