KARAWANG - Empat individu termasuk dua kanak-kanak maut selepas dilanggar kereta api di Karawang, Jawa Barat laluan Cirebon ke Jakarta pada Ahad lalu.
Media tempatan melaporkan keempat-empat mangsa itu dikenali sebagai Anita Andini, 37, Sahaman, 65, muhamad Alikhasan, 7, dan Ted Alfarizi, 7.
Malah salah seorang mangsa tersangkut dan diseret kereta api hingga ke daerah Patokbeusi Subang, Jawa Barat.
Menurut saksi, difahamkan sebelum kejadian pelanggaran berlaku kesemua mangsa sempat berswafoto dan bermain di rel kereta api.
Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Kotabaru, Iptu Suherlan berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 7 pagi waktu tempatan.
"Selepas selesai berswafoto dan bermain di rel mereka hendak menyeberang tiba-tiba kereta api dari arah Jakarta menuju Cirebon datang.
"Akibatnya keempat-empat mereka tidak dapat mengelak dan dilanggar," katanya kepada pemberita pada Isnin.
Ujarnya lagi, kesemua mangsa telah dibawa ke hospital Karawang dan kesemua mereka sudah selesai dikebumikan.
Kes kini di bawah siasatan polis Karawang. -Agensi