Pencemaran bau: Lima suspek termasuk pengarah dihadap ke mahkamah

Iklan
M Kumar (tengah) berkata tiga suspek lelaki warga tempatan berusia antara 23 tahun hingga 52 tahun akan dituduh di bawah Seksyen 124k Kanun Keseksaan kerana melakukan sabotaj.

JOHOR BAHRU - Lima suspek termasuk pengarah dan pemegang saham sebuah kilang yang terbabit kes pencemaran di kawasan perkampungan Orang Asli Pasir Intan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, pagi ini.

Pertuduhan dibuat sejurus polis Johor selesai menjalankan siasatan berhubung kes pembuangan sisa kilang di lombong kampung terbabit dan mendapat arahan pejabat peguam negara.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, seramai tiga suspek lelaki warga tempatan berusia antara 23 tahun hingga 52 tahun akan dituduh di bawah Seksyen 124k Kanun Keseksaan kerana melakukan sabotaj. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara bagi tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun.

Manakala dua suspek yang merupakan pengarah serta pemegang saham sebuah kilang beralamat di Seri Alam, Johor yang berusia 41 tahun dan 53 tahun akan dituduh di bawah Seksyen 124k kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama kerana bersubahat melakukan sabotaj.

Iklan

Kesalahan di bawah Seksyen 124k Kanun Keseksaan merupakan satu kesalahan terhadap negara sebagaimana bahagian VI Kanun Keseksaan.

Kumar dalam satu kenyataan turut memaklumkan empat lagi lelaki warga tempatan yang ditangkap sebelum ini akan dibebaskan dengan bon jamin di bawah peruntukan Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebagai saksi pendakwaan.

Iklan

Tegas Kumar, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan pencemaran yang boleh menganggu kelestarian alam sekitar.

Awal bulan ini, Johor berdepan beberapa siri pencemaran bau dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa kimia di sungai sekitar Johor Bahru dan Kota Tinggi.