India minta rakyatnya tinggalkan Lubnan susulan ketegangan serantau

Iklan
Sebuah bangunan rosak dalam serangan Israel di Beirut - Foto: Reuters

NEW DELHI - India menasihatkan rakyatnya agar tidak melakukan perjalanan ke Lubnan susulan ketegangan serantau yang semakin meningkat akibat pengeboman Israel terhadap Lubnan.

"Semua rakyat India yang sudah berada di Lubnan juga dinasihatkan supaya meninggalkan Lubnan," kata Kedutaan India di Beirut dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan
Iklan

Sekitar 4,000 rakyat India tinggal di Lubnan dan kebanyakan mereka bekerja dalam sektor pembinaan, syarikat dan bidang pertanian.

India sebelum ini mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyatnya pada 1 Ogos, menggesa mereka untuk mengelakkan perjalanan yang tidak penting dan mengambil langkah berjaga-jaga di Lubnan.

Iklan

Nasihat itu susulan pembunuhan ketua Hamas, Ismail Haniyeh oleh Israel pada 31 Julai di Iran, Tehran. - Bernama

Iklan