1BestariNet: SPRM teliti pembekalan data di 8,000 sekolah

Iklan
Azam menyampaikan ucaptama pada Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan kali ke-3, yang bertemakan "Mendepani Ancaman Rasuah: Pembanterasan Secara Kolektif", pada Khamis. Foto Bernama

BANGI - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi penekanan siasatan terhadap aspek pembekalan data internet dan mutu perkhidmatan berhubung kes 1BestariNet.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan dijalankan akan melihat kepada pembekalan data terhadap 8,000 sekolah di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, SPRM akan melihat cara pembekalan data dalam perkhidmatan 1BestariNet mengikut spesifikasi kontrak yang telah ditetapkan atau sebaliknya.

"Kes 1BestariNet ini masih dalam siasatan SPRM. Kita melihat mutu perkhidmatan yang diberikan kepada sekolah-sekolah.

Iklan

"Perkara kedua yang kita lihat adalah pembekalan data kepada sekolah terlibat. Adakah sebenarnya ia dilaksanakan atau tidak?," katanya dalam sidang akhbar pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Kali Ketiga anjuran Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) SPRM.

Iklan

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Mengulas lanjut, Azam berkata, mengikut kontrak 1BestariNet, perkhidmatan internet perlu dibekalkan kepada sekolah di seluruh negara mengikut kelajuan dan jumlah data yang ditetapkan.

Kata beliau, SPRM perlu lihat perkara tersebut kerana di bawah undang-undang sedia ada, menjadi satu kesalahan sekiranya sesuatu tuntutan melibatkan perkhidmatan dibuat tetapi ia tidak dibekalkan.

Bagaimanapun jelasnya, siasatan berkenaan dijangka mengambil sedikit masa berikutan pihaknya perlu melakukan perlu menjalankan siasatan lanjut di semua sekolah di seluruh negara.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan SPRM telah memulakan siasatan terhadap tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan bernilai RM4 bilion.

Tender itu dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi penekanan siasatan terhadap aspek pembekalan data internet dan mutu perkhidmatan berhubung kes 1BestariNet.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan dijalankan akan melihat kepada pembekalan data terhadap 8,000 sekolah di seluruh negara mengikut spesifikasi kontrak yang telah ditetapkan atau sebaliknya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/687708/berita/semasa/1bestarinet-sprm-teliti-pembekalan-data-di-8000-sekolah

Muzik: Theater of Delays - Black Sea - No Drums Version dari bendsound.com

#SinarHarian #BuletinTikTok #1BestariNet #SPRM #Siasatan #DataPangkalan" />