TFC tak puas hati kongsi satu mata di laman sendiri

Iklan
Pemain TFC, Muhammad Azam Azmi (dua dari kiri) mengasak kapten pasukan Dong A Thanh Hoa FC, Doan Ngoc Tan pada aksi kumpulan A Kejohanan Kelab ASEAN, Piala Shopee 2024/2025 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi - Foto: Bernama

KETUA jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui kecewa gagal memanfaatkan sebaik mungkin aksi di laman sendiri untuk mengutip mata penuh berdepan kelab dari Vietnam, Dong A Thanh Hoa FC (DATH FC) dalam saingan ASEAN Club Championship (ACC) Piala Shopee 2024/25 malam tadi.

Beliau berkata, kesilapan individu menjadi punca skuad Penyu terlepas banyak peluang keemasan dan terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas terikat 2-2 dalam aksi Kumpulan A di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini.

Iklan
Iklan

"Kita tidak sepatutnya seri. Kita bermain dengan baik dan mendahului dengan dua gol pada separuh masa. Kita mengawal permainan tapi hanya kerana satu kesilapan kita kehilangan bola dan keyakinan pun menurun.

"Saya rasa kita mempunyai masalah melakukan set piece dan ini bukan kesilapan pertama. Terdapat juga kesilapan individu tapi keseluruhannya kita menunjukkan permainan yang baik,” katanya selepas aksi malam tadi.

Iklan

Sementara itu, pengendali DHAT FC, Velizar Emilov Popov mengakui berpuas hati membawa pulang satu mata di tempat lawan.

Beliau berkata, anak buahnya telah mempamerkan mutu permainan yang baik dan semangat juang tinggi walaupun ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama.

Iklan

"Sayangnya kami terlepas dua gol pada separuh masa pertama. Tapi berdepan Terengganu adalah satu perlawanan sukar kerana mereka pasukan kuat.

"Tambahan pula, pemain saya agak keletihan selepas perlawanan sebelumnya selain menempuh perjalanan panjang ke sini,” katanya. - Bernama