53 peratus rakyat Malaysia bergantung sepenuhnya pada gaji

Iklan
Dari kiri: Ketua Kumpulan Pegawai Perbankan Pelanggan Alliance Bank, Gan Pai Li; Pengurus Jangkauan Komuniti dan Acara CTOS, Noor Hazwani Mohamad Noor; Ketua Pegawai Eksekutif RinggitPlus, Siew Yuen Tuck; Ketua Pegawai Pemasaran PayNet Malaysia, Gary Yeoh dan Ketua Pegawai Pemasaran FWD, Susan Ong.

BANGSAR - Sebanyak 53 peratus rakyat Malaysia terlalu bergantung sepenuhnya pada gaji malah ada antaranya berbelanja melebihi pendapatan bulanan.

Dapatan tersebut diperoleh daripada Tinjauan Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2024 melibatkan 3,390 responden di negara ini.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif RinggitPlus, Siew Yuen Tuck berkata, 38 peratus daripadanya turut menyatakan bahawa mereka mampu bertahan kurang dari tiga bulan sahaja sekiranya kehilangan pekerjaan.

Bagaimanapun, menurutnya, 18 peratus lagi mampu mengekalkan gaya hidup masing-masing dengan selesa selama lebih dari enam bulan.

Iklan

"Sementara itu, 55 peratus rakyat Malaysia akui cemas dan malu dengan situasi kewangan mereka disebabkan komitmen bulanan tinggi.

"Tidak dinafikan, ada antaranya mengakui tahap kewangan mereka bertambah baik berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 47 peratus," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pembentangan Tinjauan RMFLS 2024 bertempat di Menara Etiqa, di sini pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Pegawai Pemasaran PayNet Malaysia, Gary Yeoh; Ketua Pegawai Pemasaran FWD, Susan Ong; Pengurus

Jangkauan Komuniti dan Acara CTOS, Noor Hazwani Mohamad Noor serta Ketua Kumpulan Pegawai Perbankan Pelanggan Alliance Bank, Gan Pai Li.

Yuen Tuck memaklumkan, 95 peratus rakyat di negara ini sudah mengambil pendekatan proaktif untuk menambahbaik tahap kewangan iaitu meminimumkan perbelanjaan bulanan, kurangkan makan di luar dan mengawal aliran keluar masuk wang.

"Di RinggitPlus, kami komited untuk membantu rakyat Malaysia menangani cabaran kewangan mereka.

"Dengan kerjasama rakan strategik, kami mahu mencipta kandungan yang relevan dan tepat menerusi tinjauan ini, sekali gus mengembangkan capaian untuk mendidik lebih ramai komuniti," jelas beliau.