Lima lelaki gagal seludup 1,200kg daun ketum ke negara jiran

Iklan
Kesemua suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya. Foto TENTERA DARAT MALAYSIA

KUALA NERANG - Lima lelaki gagal menyeludup 1,200 kilogram (kg) daun ketum ke negara jiran melalui laluan yang tidak sah selepas ditahan Tentera Darat Malaysia (TDM) di sempadan Malaysia-Thailand pada malam Rabu.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pasukan operasi dari Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan itu di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).

Iklan
Iklan

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pasukan operasi berjaya mengesan dan menahan lima lelaki yang menaiki tiga kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan melalui laluan di sempadan sebelah Malaysia.

"Hasil pemeriksaan didapati bahawa dua daripada tiga kenderaan tersebut dipenuhi dengan muatan 120 plastik hitam yang mengandungi daun ketum seberat 1,200kg.

Iklan

"Kesemua daun ketum tersebut cuba dibawa keluar dari negara ini ke Thailand melalui laluan yang tidak sah,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Jelas kenyataan itu, lima lelaki yang ditahan merupakan warganegara Malaysia berumur 19 hingga 45 tahun.

Iklan

Menurut kenyataan itu, anggaran keseluruhan nilai rampasan daun ketum termasuk tiga kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero, Nissan Navara dan Isuzu D-Max, lapan telefon bimbit pelbagai jenama dan lain-lain barangan peribadi adalah berjumlah RM327,572.13.

"Kesemua barang rampasan dan suspek diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya.

"TDM akan terus komited bagi memastikan keselamatan di sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan,” kata kenyataan itu.