Murid keracunan, tiada lagi amaran tapi penamatan - Asyraf Wajdi

Iklan
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

SHAH ALAM - Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan tegas dan keras kepada pengusaha kantin atau dewan makan sekolah yang menyebabkan keracunan makanan kepada pelajar.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengeluarkan kenyataan itu menerusi hantaran di Facebook bagi membalas komen sebuah portal berita tempatan mengenai 101 murid keracunan selepas makan ayam goreng, minuman coklat di kantin sekolah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sekiranya perkara tersebut berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau mana-mana institusi pendidikan Mara, mereka akan dikenakan penamatan perkhidmatan.

"Tiada lagi rayuan tapi akan diambil tindakan undang-undang dan saman," katanya pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini, Asyraf Wajdi melakukan satu pemeriksaan mengejut di MRSM Mersing, Johor bagi mengenal pasti sekiranya terdapat masalah yang dihadapi pelajar di sana.

Ujarnya, beliau hanya memaklumkan kepada pengetua sejam sebelum tiba di sekolah berkenaan.

Iklan

Tambah Asyraf Wajdi, pihak kantin atau dewan makan perlu memikirkan tentang keselamatan dan kesihatan pelajar sebelum soal keuntungan.

"Saya cukup kecewa dan marah bila dengar kes-kes keracunan makanan melibatkan anak-anak pelajar akibat keculasan pengusaha kantin atau dewan makan.

"Tolonglah! Fikir soal keselamatan dan kesihatan pelajar sebelum fikirkan soal keuntungan semata-mata. Apa guna untung tapi memudaratkan orang? Apa guna untung tapi tiada keberkatan," katanya.