Suspek mati ditembak: Dua rakan sejenayah diburu

Iklan
Hussein (Laporan Sinar Harian)

SHAH ALAM - Polis giat memburu dua rakan sejenayah kepada suspek yang mati ditembak di Kampung Baru Kundang di Rawang Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua lelaki tersebut dipercayai terlibat aktif dengan suspek membabitkan kes pecah premis.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal polis mendapati kumpulan mereka ini aktif dalam setahun.

"Polis giat mengesan dua rakan suspek ini," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Sinar Harian melaporkan, suspek dikesan memandu kenderaan jenis Nissan Grand Livina dan enggan memberhentikan kenderaannya lalu bertindak merempuh kereta polis dan orang awam.

Susulan itu, polis melepaskan beberapa das tembakan untuk mempertahankan diri ke arah kenderaan itu dan mengakibatkan kereta yang dipandu suspek terbabas.

Iklan

Suspek telah terkena tembakan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis turut menemui tiga bilah parang, kapak pemotong besi dan kuku kambing yang disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah.