KUALA LUMPUR - Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir di Mahkamah tinggi di sini hari ini bagi perbicaraan hari pertama kes rasuahnya.
Rosmah tiba di kompleks mahkamah pada 9.55 pagi sambil ditemani peguam dan ahli keluarganya.
Iklan
Iklan
Rosmah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Ampang kerana sakit belakang dan tengkuk yang serius kelmarin.
Isnin lalu, perbicaraan itu ditangguhkan selepas peguamnya Jagjit Singh dan Akberdin Abdul Kader memberitahu Hakim, Mohamed Zaini Mazlan bahawa anak guamnya tidak dapat hadir ke mahkamah kerana masalah kesihatannya itu.
Pada 15 November tahun lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah atas tuduhan meminta suapan RM187.5 juta, iaitu 15 peratus daripada nilai kontrak daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.
Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Lygon Bistro, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit dekat sini, antara Mac hingga April 2016.
Rosmah turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, pada 7 September 2017.
ARTIKEL BERKAITAN Rosmah masuk hospital, alami sakit belakang, tengkuk
Rosmah berdepan waran tangkap