Malaysia sampaikan kenyataan sokong iktiraf Palestin di New York hari ini

Iklan
Mohamad ketika berada di New York. Foto Instagram @mohamadhjhasan

SHAH ALAM - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan bakal menyampaikan kenyataan menyokong cadangan untuk mengiktiraf Palestin dan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya berdasarkan garis sempadan pra-1967.

Wisma Putra berkata, kenyataan itu akan dibahas dalam Mesyuarat Peringkat Menteri yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan situasi semasa di Gaza dan pelaksanaan terhadap penyelesaian dua negara ke arah keamanan yang adil serta komprehensif.

"Negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), setiausaha agung PBB, wakil-wakil agensi berkaitan dan organisasi antarabangsa serta serantau turut menyertai mesyuarat berkenaan.

Iklan

"Penyertaan ini adalah sebahagian daripada komitmen dan usaha berterusan Malaysia bagi menyokong perjuangan Palestin," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Mohamad dilaporkan tiba di New York pada 22 September lalu bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79.

Iklan

Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy pada jam 8.30 malam waktu tempatan Sabtu diiringi isterinya, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujmuddin.

Ketibaan Mohamad disambut Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Ahmad Faisal Mohamad dan Konsul Jeneral Malaysia di New York, Amir Farid Abu Hasan.

Ahli Parlimen Rembau itu juga dijangka menyampaikan Kenyataan Negara sempena UNGA ke-79 bertemakan 'Leaving No One Behind: Acting Together For The Advancement of Peace, Sustainable Development and Human Dignity For Present And Future Generations pada 28 September ini serta beberapa lagi agenda lain.