Panduan memilih topeng muka yang sesuai

Iklan
KESEDARAN orang ramai mula timbul apabila memilih untuk memakai topeng muka ketika berada di tempat awam.

N95 atau topeng pembedahan?

BARU-BARU ini, dunia digemparkan dengan satu berita yang sangat menggerunkan mengenai kesihatan iaitu wabak koronavirus.

Ramai individu memikirkan langkah persediaan kesihatan yang perlu diambil, antaranya dengan menggunakan pensanitasi tangan dan memakai topeng muka tatkala di tempat awam.

Iklan
Iklan

Persoalan timbul, adakah topeng muka biasa atau topeng pembedahan yang biasa digunakan berkesan untuk mengelak virus? Berdasarkan perkongsian hellodoktor.com, sekitar tahun 2002 dan 2003, wabak sindrom pernafasan akut yang teruk atau SARS telah melanda dunia bermula di negara China.

Wabak tersebut disebabkan oleh sejenis koronavirus juga sama seperti novel koronavirus (2019-nCoV) dari Wuhan. Namun, saiz SARS koronavirus itu hanya sebesar 100 nanometer.

Iklan

Virus flu pula bersaiz antara 80 hingga 120 nanometer. Walaupun saiz koronavirus dari Wuhan itu tidak lagi diketahui, saiz koronavirus manusia biasanya adalah sebesar 125 nanometer.

Kesemua jenis virus tersebut sangat kecil dan boleh melepasi halangan seperti topeng pembedahan. Topeng muka pembedahan mungkin dapat melindungi daripada titisan pernafasan yang besar seperti cecair akibat bersin atau kahak akibat batuk, namun ia tidak memberikan perlindungan terhadap titisan kecil dalam udara.

Iklan

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), topeng pembedahan tidak dianggap sebagai satu perlindungan terhadap pernafasan memandangkan ia tidak menapis partikel dalam udara yang lebih kecil.

Oleh itu, ia sememangnya tidak berkesan.Tambahan, topeng pembedahan hanya boleh dipakai sekali guna sahaja. Pemakaian topeng N95 pula bergantung kepada individu ahli perubatan yang terlibat dengan tugas mengendalikan pesakit yang dijangkiti.

TOPENG muka pembedahan.

CDC menggalakkan pekerja kesihatan seperti doktor memakai topeng muka jenis itu sekiranya mereka terlibat dengan pesakit yang dijangkiti koronavirus. Bagaimanapun, topeng muka jenis terbabit bukanlah sejenis alat yang benar-benar kebal daripada serangan koronavirus.

Dalam pada itu, topeng muka tersebut diberi nama ‘N95’ kerana ia akan memberikan perlindungan sebanyak 95 peratus kepada si pemakai dan boleh menapis partikel halus sehingga saiz 0.3 mikron.

TOPENG muka jenis N95.

Topeng muka itu tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak dan individu yang memiliki bulu pada wajah.

Kaedah pemakaian topeng muka dengan betul:

1. Sebaiknya, cuci tangan terlebih dulu dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan.

2. Pastikan topeng muka yang ingin dipakai dalam keadaan baik dan tidak terdapat sebarang koyakan atau kebocoran.

3. Pastikan kedudukan topeng dalam keadaan betul. Sisi yang mengandungi jalur besi halus perlu berada di bahagian atas bagi menutup atas hidung dengan kemas apabila dibengkokkan.

4. Sisi yang berwarna perlu berada di bahagian luar, manakala sisi yang berwarna putih pula di bahagian dalam.

5. Sangkutkan pada telinga jika ia adalah topeng jenis sangkutan pada telinga manakala ikat pada belakang kepala jika ia adalah topeng jenis ikatan.

6. Bentukkan jalur besi topeng yang berada pada bahagian atas hidung mengikut bentuk hidung.

7. Tarik bahagian bawah topeng muka ke bawah bagi menutupi mulut dan dagu.

8. Gunakan topeng muka hanya untuk sekali penggunaan sahaja. Buang setelah digunakan.

PERBEZAAN antara topeng muka pembedahan dan N95.