Bank Dunia akan sedia AS$3.5 bilion untuk sokong reformasi Bangladesh

Iklan
Yunus (kiri) bercakap bersama bekas Presiden AS, Bill Clinton (R) semasa mesyuarat tahunan Inisiatif Global Clinton Global di New York City pada Selasa. Foto AFP

NEW YORK- Presiden Kumpulan Bank Dunia (WB) Ajay Banga mengumumkan pada Rabu bahawa pemberi pinjaman global itu akan menyediakan AS$3.5 bilion untuk menyokong inisiatif reformasi kerajaan sementara Bangladesh, lapor Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS).

Presiden WB itu mengumumkan bantuan itu semasa pertemuannya dengan Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, di luar sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di Ibu Pejabat PBB pada Rabu (waktu tempatan).

Iklan
Iklan

Banga, rakan lama Yunus berkata, sekurang-kurangnya AS$2 bilion akan disalurkan sebagai pinjaman baharu, dengan tambahan AS$1.5 bilion daripada program sedia ada yang akan diguna semula.

Beliau berkata, Bank Dunia akan menyokong reformasi dalam sektor pendigitalan, kecairan, tenaga, kuasa, dan pengangkutan di Bangladesh.

Iklan

Semasa pertemuan itu, Yunus meminta sokongan Bank Dunia untuk reformasi menyeluruh yang dilaksanakan oleh kerajaan sementara.

Beliau turut meminta agar Bank Dunia menjadi lebih kreatif dalam program pinjamannya.

Iklan

"Ia adalah peluang besar untuk membangunkan semula negara ini," katanya.

Presiden WB itu turut membincangkan kerjasama sektor tenaga di Asia Selatan, dengan menekankan bagaimana tenaga hidro yang dihasilkan di Nepal dan Bhutan boleh dikongsi dengan negara jiran seperti India dan Bangladesh.

Penasihat Tenaga dan Kuasa, Fouzul Kabir Khan, turut hadir dalam pertemuan itu. - Bernama-BSS