Syarikat milik Lee Chong Wei jual aset di Kota Damansara, peroleh RM80 juta

Iklan
Chong Wei.

Iklan
Iklan

SKYLOAD EXPRESS SDN BHD yang dimiliki legenda badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei, dilaporkan menerima RM80 juta atas penjualan tanah di Kota Damansara.

Skyload Express dikatakan telah melepaskan tanah pajakan seluas 2.26 hektar kepada Magma Group Bhd bagi pembinaan dua menara 34 tingkat yang terdiri daripada pangsapuri perkhidmatan serta ruang komersial.

Iklan

Justeru, pemain kelahiran Kedah itu bakal memperoleh kepentingan sebanyak 2.48 peratus dalam Magma selain kepentingan tidak langsung 11.89 peratus. - Stadium Astro/ Awani

Iklan