Tuduhan pemilihan Bersatu berat sebelah, kronisme tidak berasas

Iklan
Saifuddin

SHAH ALAM - Tuduhan pihak tertentu kononnya pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 2 November depan berat sebelah serta berlaku kronisme adalah tidak berasas sama sekali.

Iklan
Iklan

Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, peraturan dan syarat-syarat kelayakan bertanding telah sedia ada termaktub dalam perlembagaan Bersatu.

Menurutnya, perkara 14.14 perlembagaan Bersatu memberi kuasa kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk memberikan kelonggaran yang adil serta konsisten kepada semua yang ingin bertanding dalam pemilihan kali ini.

Iklan

"Bagi jawatan presiden, timbalan presiden dan naib-naib presiden, MPT telah membuat kelonggaran iaitu calon yang hendak menawarkan diri perlu pernah memegang jawatan MPT selama sepenggal lengkap, berbanding syarat asal, dua penggal lengkap.

"Begitu juga dengan pertandingan untuk mengisi jawatan MPT, di mana syarat tempoh keahlian dikurangkan daripada tiga tahun kepada hanya dua tahun.

Iklan

"Ini sekali gus menyuburkan lagi proses demokrasi dalam parti," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bukan isu besar jika Bersatu diterajui oleh gandingan 'orang lama' iaitu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin selepas pemilihan parti pada bulan depan.

Ketua Penerangan Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, ini kerana ahli dan pemimpin akar umbi Bersatu faham bahawa mereka masih memerlukan khidmat, pengaruh dan kepimpinan Muhyiddin bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

Tambah Saifuddin, sesiapa sahaja yang hendak bertanding perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan MPT dan ia perlu dihormati.