NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 46 orang, termasuk 37 kanak-kanak, maut akibat lemas ketika melakukan mandi ritual semasa perayaan Hindu di timur India, lapor media tempatan pada Khamis.
Kejadian lemas di sungai dan kolam berlaku di 15 daerah di negeri Bihar sejak Rabu semasa perayaan"Jitiya" yang juga dikenali sebagai"Jivitputrika."