Lapan anggota renjer cedera dalam letupan bom di Narathiwat

Iklan
Gambar hiasan.

NARATHIWAT - Lapan anggota renjer cedera dalam satu letupan bom yang menyasarkan trak pikap yang dinaiki mereka di daerah Rangae, Narathiwat, Selatan Thailand pada Khamis.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Rangae, Kol. Pol. Apakorn Virupakraksa berkata, dalam kejadian jam 11.20 pagi waktu tempatan, anggota renjer sedang melakukan rondaan di Kampung Hulu Parik.

"Siasatan awal mendapati bom buatan sendiri yang ditanam di tepi jalan meletup setelah diaktifkan ketika trak pikap anggota renjer lalu," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian di sini pada Khamis.

Iklan

Apakorn berkata, semua anggota renjer yang cedera mendapatkan rawatan di Hospital Rangae dan Hospital Narathiwat.

Polis sedang giat menjejaki individu atau kumpulan yang terlibat dalam serangan itu, katanya. - Bernama

Iklan