Berwakaf bantu siapkan Masjid Tahfiz Lembah Pergau

Iklan
Masjid Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau yang kini dalam pembinaan.

JELI - Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau membuka peluang kepada orang ramai untuk berwakaf bangunan masjid dalam kadar RM20 untuk satu lot bangunan.

Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau, Kameruzaman Ab Rahman berkata, pembinaan masjid di lokasi Bukit Tapis Kampung Jerimbong, Kuala Balah itu bermula pada pertengahan 2022 namun proses pembinaannya baru mencecah 25 peratus.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, keseluruhan dana yang diperlukan bagi menyiapkan masjid di Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau ialah RM1.5 juta.

Bagaimanapun katanya, dana yang dikumpulkan hingga ke hari ini masih belum mencukupi.

Iklan

"Sempena bulan Rabiulawal ini, kami memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk merebut pahala berwakaf serendah RM20 bagi satu lot bangunan.

Menurut beliau, masjid yang dapat menampung kira-kira 150 individu pada satu-satu masa itu akan memberi keselesaan kepada pelajar dan jemaah untuk melakukan ibadah dan aktiviti maahad.

Iklan

Selain itu jelasnya, penduduk yang jauh dari kawasan pusat bandar juga berpeluang memperoleh kemudahan untuk menghantar anak-anak ke maahad berkenaan.

"Kami menumpukan pada pembinaan masjid sebelum membina bangunan yang lain.

"Sebab itu, pewakaf diperlukan sehingga pembinaan masjid Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau siap dengan sempurna,” katanya.

Orang ramai boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 5530 5641 4773 atas nama Madrasah Tahfiz Lembah Pergau atau hubungi Muhammad Baihaqi di talian 014-530 5331.