AI atasi air pasang besar
Iklan
FENOMENA air pasang besar di pantai barat Semenanjung berlaku setiap tahun antara September dan November. Namun sehingga kini belum ada total solution yang dilaksanakan kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Penulis pernah menulis artikel bertajuk ‘Jangan Kompromi Masalah Banjir’ diterbitkan Sinar Harian pada 3 Jun 2022. Ia kisah taufan Katrina kategori 5 yang membadai New Orleans, Amerika Syarikat (AS) pada Ogos 2005 menyebabkan kerugian lebih RM443 bilion. Banjir yang menenggelamkan 80 peratus bandar itu ditangani dengan sebaik-baiknya oleh AS.