Siap sedia hidup tak bergantung teknologi

Iklan
Kebanyakan kedai menyediakan khidmat bayaran secara kod QR bag memudahkan urusan pengguna. Gambar hiasan

SEMENJAK kebanyakan kedai menyediakan khidmat bayaran secara kod QR, Merak Jalanan tidak lagi mengeluarkan wang kertas di ATM.

Daripada urusan membeli ikan di pasar hinggalah kepada pembelian makanan di gerai tepi jalan, semuanya secara online.

Iklan
Iklan

Urusan memang mudah dan lancar selagi mana ada wang dalam akaun, data telefon yang tidak terhad dan bateri telefon mencukupi.

Cumanya kebelakangan ini, Merak Jalanan kerap berhadapan kesulitan apabila terlalu bergantung kepada pembayaran secara online.

Iklan

Pernah pada satu hari, Merak Jalanan terpaksa menunggu di restoran dalam tempoh agak lama kerana tidak dapat melunaskan bayaran di kaunter.

Merak Jalanan tidak pasti sama ada sistem bank yang bermasalah, atau internet yang mengalami gangguan.

Iklan

Oleh kerana tiada langsung wang kertas di dalam dompet, maka terpaksalah menunggu sehingga bayaran secara online dapat dilakukan.

Begitu juga dalam urusan ke mana-mana, terlalu bergantung harap kepada Waze, maka apabila sistem itu menghadapi masalah, kita sebagai pemandu akan jadi orang yang hilang arah.

Tidak terkecuali apabila sudah jadi kebiasaan terlalu bergantung kepada Google bagi menggantikan otak kita dalam mengingati setiap perkara.

Apabila internet lumpuh ataupun Google bermasalah, otak kita pun sama jadi tidak berfungsi.

Belajarlah mengingati beberapa perkara penting kerana ia akan mengasah otak terus berfungsi dengan baik.

Oleh itu, sudah sampai masanya kita perlu bersedia sekiranya teknologi yang membantu urusan kehidupan tidak dapat lagi berfungsi dengan lancar.

Janganlah terlalu bergantung kepada teknologi kerana semuanya ada banyak kekurangannya.