Mustahil tukar Kon Yeow 'separuh jalan'
Iklan
SEJAK Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan negeri itu daripada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng pada tahun 2018, spekulasi perebutan dalaman di peringkat negeri melibatkan fraksi Guan Eng sentiasa timbul.
Kemuncaknya, desas-desus mengenai usaha menggantikan Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang semakin kuat kedengaran sebelum pilihan raya Negeri (PRN) yang berlangsung di enam negeri tahun lalu.