Lelaki maut kereta langgar tiang lampu

Iklan
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 27 Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam (arah Johor Bahru) pada Khamis. Gambar hiasan

KULAI – Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 27 Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam (arah Johor Bahru) pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan yang melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil berkenaan sekitar jam 4.15 petang.

Seng Lee

Iklan
Iklan

"Siastan awal polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta yang berusia 44 tahun hilang kawalan ketika melalui kawasan berkenaan.

"Akibatnya, kereta dipandu melanggar tiang lampu di tepi jalan dan terbalik.

Iklan

"Lelaki berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya.

Mayat lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaya Tun Ibrahim, Kulai bagi tujuan bedah siasat.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim di talian 017-7573507 atau hadir ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.