PSG tidak pandang Rennais sebelah mata

Iklan
Enrique

PENDAHULU Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) tidak memandang mudah kunjungan Stade Rennais menjelang perlawanan liga kedua-dua pasukan di Stadium Parc des Princes.

Malah pengendali Les Parisiens, Luis Enrique menjangkakan Les Rouge et Noirs akan menghadirkan satu perlawanan sukar apabila skuad kendalian Julien Stephan itu memenangi dua daripada empat perlawanan liga terakhir menentang PSG.

Iklan
Iklan

"Mereka adalah pasukan yang bermain di puncak carta, mereka menimbulkan beberapa masalah kepada kami musim lalu.

Mereka mengambil mata menentang kami dan akan mengubah tingkah laku semasa perlawanan berlangsung.

Iklan

"Mereka melakukannya musim lalu.

Tiada perlawanan yang mudah, akan ada masalah, tetapi saya seorang yang optimistik apabila melibatkan perlawanan seperti ini. Kami bermain di Parc dan itu mendorong kami juga.

Iklan

"Rennes sudah biasa dengan tekanan tinggi tetapi saya tidak fikir mereka akan melakukannya esok kerana mereka adalah pasukan yang boleh menyesuaikan diri.

Tugas saya adalah untuk mengatasi dan mencari penyelesaian. Sangat sukar untuk melawan blok rendah," kata Enrique.

Sebagai rekod, PSG mendahului kedudukan Ligue 1 selepas lima perlawanan, sama dengan 13 mata dengan tempat kedua Olympique de Marseille dan AS Monaco di tempat ketiga tetapi mendahului dengan perbezaan gol.

Selepas perlawanan di tempat sendiri menentang Rennes, PSG bertandang untuk menentang kelab Inggeris Arsenal di Stadium Emirates dalam pertembungan Liga Juara-Juara pada 2 Oktober.