DIM SUM bermaksud makanan kecil dalam bahasa Kantonis, sesuai dengan rupa dan bentuk hidangannya yang dipersembahkan dalam pinggan kecil atau pengukus buluh.
Masakan yang menggunakan bahan protein seperti daging, ayam, udang dan sayur-sayuran itu biasanya dimakan bersama hidangan teh dan ia sudah tidak asing lagi dalam umat Islam di negara ini.
Bagaimanapun, mereka kadangkala mempersoalkan kandungan bahan-bahan yang digunakan dalam hidangan dim sum sama ada ia halal atau sebaliknya.
Persoalan yang sering bermain di fikiran mereka termasuklah apakah hidangan tersebut menggunakan daging atau ayam yang disembelih mengikut syarak? Apakah ia dimasak bersama perasa halal? Atau apakah dimasukkan arak dalam dim sum bagi memberi rasa yang sedap?
Bagi menjawab persoalan itu, Sinar Islam Plus menemu bual Cef Restoran Cina Tung Yuen, Mardhiyyah Hotel & Suites, Patrick Ng.
Beliau menjelaskan, dim sum secara umumnya mengikut hidangan asal dari negara China itu memang ada menggunakan babi dan arak sebagai bahan utama serta penyedapnya.
"Bagaimanapun ia melalui proses penambahbaikan apabila ia mula dihidangkan kepada masyarakat Islam.
Kajian untuk kekalkan rasa asli
Menurut beliau, pihaknya mengambil masa sehingga setahun sebagai kajian untuk menjadikan dim sum sebagai makanan halal untuk dihidangkan kepada pelanggan.
"Selepas elemen arak dikeluarkan, rasanya sudah tidak sama dengan asal. Memang susah untuk mencari rasa yang seakan-akan sama dengan rasa tersebut namun kita berjaya mengekalkan rasa sedap dim sum tersebut selepas setahun kajian dibuat,” jelasnya lagi.
Ujarnya, di Restoran Cina Tung Yuen, dia bersama empat lagi pekerja termasuk pekerja Muslim akan memastikan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak dim sum itu mempunyai sijil halal.
Makan ketika panas
Sebanyak 31 hidangan disediakan di restoran tersebut termasuk Tradisional Chicken Siew Mai, Prawn Slower Siew Mai, Salted Egg Dumpling, Deep Fried Tiger Prawn Roll dan Steamed Riced with Chicken.
Bagi penggemar dim sum, beliau menasihatkan agar memesan beberapa menu terlebih dahulu agar keaslian rasanya dapat dikekalkan ketika makan.
"Di sini semua menu boleh dipesan pelanggan, namun saya nasihatkan agar pesan beberapa hidangan sahaja pada awalnya agar rasanya kekal ketika ia masih panas.
RESTORAN CINA TUNG YUEN, MARDHIYYAH HOTEL & SUITES
31 hidangan termasuk dim sum kukus dan goreng. Antaranya:
- Traditional Chicken Siew Mai
- Prawn Flower Siew Mai
- Salted Egg Dumpling
- Deep Fried Tiger Prawn Roll
- Steamed Glutinous Rice with Chicken Crispy
- Prawn Dumpling with Mayonnaise
- Deep Frieed Beancurd Roll with Mayonnaise
- Deep Fried Chicken Wings with Salted Egg Sauce
- Shanghai Seafood Gyoza with Spicy Ginger and Black Vinegar
- Chinese Pancake
- Chilled Iced Longan with Sago Seeds
Lima hidangan yang sering dipesan pelanggan. Antaranya:
- Stir Fried Kam Hiong Squid on Hot Plate
- Stir Fried Assorted Mushroom with Lotus Roots
- Wok Fried Szechuan Chicken Fillet
- Baked Prawn with Creamy Salted Egg Yolk
- Hong Kong Style Fried Rice
PROMOSI: All-You-Can-Eat
MASA: 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang setiap hari
HARGA: RM79.90 (Dewasa), RM55.00 (Kanak-kanak lima hingga 11 tahun/Warga emas 60 tahun ke atas)
ALAMAT: Lot P5.5, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.