Tiga beranak hilang selepas keluar bercuti

Iklan
Polis mengesan tiga beranak yang keluar bercuti ke Melaka, dua minggu lalu. Foto Ihsan polis

IPOH - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita warga Indonesia dan dua anaknya yang dilaporkan hilang selepas keluar bercuti, dua minggu lalu.

Wanita itu dikenali sebagai Ernawati Rajagukguk berusia 36 tahun bersama anak perempuannya, Farisha Jan Mohamed Faiz Khan berusia sembilan tahun dan anak lelakinya, Firaz Khan berusia enam tahun.

Iklan
Iklan

Kali terakhir mereka dilihat pada 13 September lalu ketika mereka dikatakan keluar bercuti ke Melaka dan sepatutnya pulang pada 16 September.

Laporan dibuat bekas suami wanita itu di Balai Polis Tanjung Rambutan, Ahad lalu selepas usaha mengesan ketiga-tiganya gagal.

Iklan

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dalam satu kenyataan memaklumkan usaha mengesan tiga beranak itu sedang dijalankan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan tiga beranak itu boleh tampil ke balai polis berhampiran untik bantu siasatan.

Iklan

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ferdaus Jahya di talian 019-7130163 atau 05-5331222 (Balai Polis Tanjung Rambutan) dan 05-2451500 (Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh) bagi membantu siasatan," katanya di sini pada Jumaat.