Polis siasat kes lapan tong disyaki bahan kimia dalam parit

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Hussein

SUNGAI BULOH - Polis membuka kertas siasatan berhubung penemuan lapan tong berisi cecair dipercayai sisa kimia yang dibuang dalam parit di Kampung Desa Aman, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana bencana terhadap tali air.

Iklan
Iklan

"Sampel bahan kimia berkenaan sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, lapan tong berkenaan sudah dibawa ke tapak perlupusan selamat di Bukit Tagar, malam Khamis.

Iklan

"Berdasarkan semakan awal yang dilakukan mendapati sisa kimia berkenaan disyaki sebagai larutan ammonia.

"Kami sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu (pembuangan bahan kimia berkenaan) bagi mengesan pelaku," katanya.

Iklan

Pada Khamis, media melaporkan lapan tong berisi cecair dipercayai sisa kimia dibuang dalam parit di lokasi berkenaan.

Semua tong berkenaan ditemui Selasa lalu sebelum dimaklumkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) jam 9 malam.

Difahamkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor masih menjalankan pemantauan di lokasi untuk mengelak kejadian tidak diingini selain dibantu Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) untuk tugas mengambil sampel.