Dua lelaki aktif samun dicekup

Iklan
Hamzah (tengah) menunjukkan barang dan senjata yang dirampas daripada kedua-dua suspek.

NIBONG TEBAL - Dua lelaki yang bergiat aktif dalam kes samun sehingga mendatangkan kecederaan ditahan di dua lokasi berasingan pada jam 12.20 tengah malam pada Khamis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, suspek pertama berusia 29 tahun ditahan di Juru, Bukit Mertajam manakala suspek kedua berusia 30 tahun ditahan di Ayer Itam, George Town.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dengan tertangkapnya dua suspek tersebut, polis berjaya menyelesaikan enam kes samun mendatangkan kecederaan dan satu kes curi motosikal di kawasan Seberang Perai Tengah.

Hamzah menunjukkan gambar dua suspek yang ditahan.

"Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT berjaya menahan dua lelaki tempatan dan merampas beberapa barangan antaranya beberapa helai pakaian, dua beg silang, tiga bilah pisau, dua motosikal, dua telefon bimbit dan 14 keping wang kertas pelbagai mata wang.

Iklan

"Anggaran kerugian yang dialami mangsa berjumlah RM12,350," katanya pada sidang akhbar di IPD Seberang Perai Selatan di sini pada Jumaat.

Dua buah motosikal dirampas daripada dua suspek dalam dua serbuan di lokasi berbeza.

Tambah beliau, kedua-dua suspek ditangkap susulan laporan di Machang Bubok mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Iklan

"Suspek pertama mempunyai 25 rekod lampau manakala suspek kedua mempunyai 14 rekod melibatkan kesalahan jenayah dan dadah.

"Kedua-dua suspek juga positif dadah jenis methamphetamine. Mereka direman tujuh hari sehingga 2 Oktober untuk siasatan lanjut," katanya.