HARI ini merupakan hari kelahiran penyanyi kesayangan Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Lebih istimewa tahun 2019 ini genaplah usia 40 tahun Siti yang juga mesra dengan panggilan Tuk Ti di kalangan peminatnya.
Justeru tidak hairanlah apabila di Twitter menunjukkan nama Siti menjadi trending pada hari ini. Ini kerana, ramai peminat dan rakan-rakan artis turut mengucapkan selamat hari lahir kepada anak kelahiran Pahang ini.
Iklan
Iklan
"Segan pun ada ni...alhamdullillah, Terima kasih banyak2 ye...," ulasnya di Instagram miliknya.
Sementara itu, pengurusnya Rozi Abdul Razak menulis;
"Bagilah dia peluang, hari jadi diakan hari ini. Tiga sekali tu trending dengan hashtag serta nama beliau.
"Kadang-kadang, ALLAH duga kita, ALLAH beri kita cabaran, ALLAH limpahkan kita suka duka, bahagia, perit, berjaya, jatuh, aniaya, fitnah dan macam-macam untuk menghadirkan sesuatu, hanya dia saja yang dapat ‘menikmati’ erti segala sesuatu itu," tulis Rozi.
Sehingga kini peminat Siti masih lagi terus menggunakan tanda pagar #sitigolden40th