Syed Hussien 'bersih' kes jenayah - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid (kanan) bersama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika hadir program Gegar Jejak Kerjaya MyFutureJobs Orang Mahkota 2024 bersama Hawa Malaysia di Bazar Uptown Kluang hari ini. Foto Bernama

KLUANG - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah tidak disabit kes jenayah seperti didakwa.

Pengerusi BN itu berkata, pengesahan Syed Hussien 'bersih' jenayah itu dimaklumkan sendiri kepadanya oleh Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Ada kata Syed Hussien ni ada kes jenayah. Pagi tadi saya (bersama) dengan Ketua Polis Negeri Johor, Datuk M Kumar dan beliau telah memberitahu saya bahawa calon (BN) ini tidak pernah ada kes jenayah dan tidak pernah ada kes mahkamah, tak ada.

"(Bahkan) tidak pernah pun ada pertuduhan dan janganlah dengar orang-orang yang kecewa yang mungkin calonnya kurang baik berbanding dengan Syed Hussien, nak katakan Syed Hussien macam-macam apa semua.

Iklan

"Jangan risaulah yang 87 (kes) pun lepas, saja nak tuduh. Buat apa? Jadi sama-sama doakan mudah-mudahan kemenangan milik BN," kata Zahid ketika berucap di Program Gegar Jejak Kerjaya MyFuture Jobs Bersama HAWA Malaysia, di sini pada Jumaat.

Pada Khamis, Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Che'gu Bard dalam siri ceramah di kempen Perikatan Nasional (PN) PRK Mahkota, meminta penjelasan Syed Hussien berhubung dakwaan ketua Pemuda UMNO Kluang itu pernah ditangkap polis berhubung satu kes pukul pada 2008.

Iklan

Beliau turut mendedahkan dokumen yang didakwanya sebagai laporan polis, menyatakan Syed Hussien terlibat dengan kes jenayah berkenaan.

Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh, dalam kenyataan sebelum itu mengesahkan Syed Hussien tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan turut memaklumkan, siasatan membabitkan Syed Hussien telah dirujuk ke pejabat timbalan pendakwa raya yang memutuskan tiada tindakan lanjut.

Syed Hussien yang berdepan calon PN, Mohd Haizan Jaafar pada PRK Sabtu ini.