Pengendali aliran tunai GISBH diberkas - KPN

Iklan
Razarudin

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah menahan salah seorang individu yang disyaki berperanan sebagai pengendali aliran tunai dalam rangkaian GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu itu diberkas dalam Op Global Fasa 4, di Butterworth, Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

"Dia diberkas selepas pihak polis memberkas pemimpin utama GISBH di ibu negara, minggu lalu," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Razarudin berkata, setakat ini siasatan susulan masih dijalankan terhadap individu berkenaan bersama beberapa pemimpin lain termasuk meneliti segala akaun berkaitan.

Iklan

"Dari situ kita akan jejak segala bentuk transaksi yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan GISBH," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seramai 19 individu dipercayai pimpinan tertinggi GISBH ditahan di sebuah residensi di Jalan Imbi, di sini, pada 19 September lalu.

Iklan

Mereka yang ditahan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Nasiruddin, isteri dan dua anaknya dalam serbuan yang dilakukan pada jam 5.40 pagi.