Jelajah Antirasuah labuh tirai di MRSM Balik Pulau

Iklan
Pelajar dan kakitangan MRSM Balik Pulau bergambar bersama selepas selesai program jelajah antirasuah yang diadakan pada Khamis.

BALIK PULAU - Jelajah Antirasuah yang di Pulau Pinang melabuhkan tirainya di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau di sini, pada Khamis.

Seramai 571 pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang diadakan termasuk sesi perkongsian mengenai bahana amalan rasuah dan kepentingan integriti dalam menjadi insan cemerlang yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin.

Iklan
Iklan

Bukan sahaja pelajar, sesi perkongsian turut diadakan bersama 64 kakitangan dan guru yang dikendalikan Unit Integriti Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Ibrahim

Pengetua MRSM Balik Pulau, Ibrahim Abdullah berkata, kepentingan serta nilai integriti perlu disemai sejak kecil lagi dalam membentuk pembangunan modal insan masyarakat yang bencikan rasuah.

Iklan

Menurutnya, kempen yang dijalankan #Rasuah Busters ini bukan sahaja dapat menyemai disiplin serta akhlak yang baik malah bakal melahirkan generasi dan pemimpin yang boleh memacu negara ke arah lebih baik tanpa amalan rasuah.

Pelajar MRSM Balik Pulau melafazkan ikrar antirasuah.

"Kita lihat program ini sangat baik apabila ia mendedahkan bahaya rasuah dari seawal di alam sekolah sebab benda ini perlu dibendung di peringkat akar umbi sendiri.

Iklan

"Bagus pendedahan ini diberi daripada awal malah ia juga bagus juga diberikan kepada staff kerana pendedahan-pendedahan ini ia akan memberikan kita kesedaran dan juga sebagai check and balance," katanya ketika ditemui di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata jenayah rasuah dan salah guna kuasa berisiko berlaku di mana-mana sahaja dan melibatkan sesiapa sahaja.

Shuhaimi

Sementara itu, Ketua Unit Integriti MARA, Shuhami Man berkata, kolaborasi antara MARA dan #Rasuah Busters akan diteruskan dari masa ke masa dalam memberi kesedaran tentang bahana rasuah yang merosakkan masyarakat dan menghancurkan negara.

Katanya kempen melawan rasuah ini perlu dilakukan secara berterusan agar penyakit sosial yang kian meruncing di negara ini dapat dikawal, dibendung dan dirawat segera.

Kakitangan dan guru MRSM Balik Pulau turut menjayakan aktiviti jelajah antirasuah yang diadakan.