NEW YORK - Beribu-ribu aktivis, ahli organisasi hak asasi manusia dan wakil dari komuniti Palestin, Arab, dan Muslim berhimpun di luar kediaman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di New York City, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Bantahan itu berlangsung menjelang ucapan Netanyahu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini, bagi menzahirkan kebimbangan berterusan terhadap kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin serta peningkatan keganasan di Lubnan baru-baru ini.