Peniaga wanita maut, motosikal terbabas

Iklan
Seorang peniaga wanita maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di KM128 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan pada Jumaat. Foto ihsan PDRM

TEMERLOH - Seorang peniaga wanita maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 128 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.05 tengah hari itu, mangsa warga Thailand berusia 41 tahun yang memiliki status pemastautin tetap meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa dari arah Seberang Temerloh menghala ke arah Mentakab.

"Apabila sampai di tempat kejadian, semasa melalui selekoh susur ke kanan, tiba-tiba motosikal terbabit dipercayai hilang kawalan dan masuk ke bahu jalan kiri tidak berturap lalu terbabas.

Iklan

"Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal itu telah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ujarnya, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Iklan