Shan Gopal pangku jawatan Ketua Polis Daerah Sepang

Iklan
Wan Kamarul Azran (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Shan Gopal dalam Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Jumaat.

SEPANG - Superintenden Shan Gopal Krishnan memangku tugas Ketua Polis Daerah Sepang berkuat kuasa pada Jumaat.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang memangku jawatan itu menggantikan Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof yang dilantik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor.

Iklan
Iklan

Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Jumaat, disaksikan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Hussein berkata, kepimpinan Wan Kamarul Azran sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Dang Sepang sejak empat tahun lalu telah membuat perubahan positif di daerah itu.

Iklan

"Tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah bukan mudah serta berdepan dengan sitiuasi terkini yang penuh cabaran.

"Akhirnya, ia membakar semangat beliau (Wan Kamarul Azran untuk memberikan perkhidmatan terbaik," katanya.

Iklan

Hussein berkata, beliau berharap Ketua Polis Daerah Sepang Baharu yang akan dilantik kelak dapat meneruskan kerjasama yang baik dengan warga IPD Sepang serta agensi lain.

"Jawatan Ketua Polis Daerah Sepang pada ketika ini akan dipangku oleh Shan Gopal, saya berharap warga IPD Sepang dapat memupuk semangat setia kawan dan bekerjasama sebagai satu pasukan," ujarnya.

Noor Dellhan kerana memberi khidmat bakti di IPD Sepang

"Bagi Shan Gopal, saya yakin beliau mampu untuk memangku jawatan Ketua Polis Daerah Sepang berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya," katanya.