Pas nafi tidak bantu kempen di Mahkota

Iklan
Idris Ahmad berkata, tuduhan mengatakan Pas tidak membantu calon PN, Mohamad Haizan Jaafar daripada Bersatu adalah fitnah.

SHAH ALAM - Pas menafikan dakwaan jentera parti itu tidak turun padang membantu dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad berkata, tuduhan mengatakan Pas tidak membantu calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar daripada Bersatu adalah fitnah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sedangkan jentera Pas tidak boleh duduk diam dan membiarkan Pakatan Harapan (PH), UMNO dan DAP tanpa berlawan.

"Selidiklah dulu Puad, setiap hari seluruh jentera Pas berkampung di Mahkota. Seolah-olah Pas bertanding, boleh lihat sendiri di lapangan dan media sosial.

Iklan

"Puad kamu ada Ijazah Doktor Falsafah (PhD) tulislah macam orang ada Phd. Jangan jatuhkan status akademik orang yang memegang ijazah Phd, bila hendak tulis biarlah berfakta dan bermaklumat," katanya menerusi laman Facebook pada Jumaat.

Sebelum itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi mendakwa berbaki kurang 24 jam untuk berkempen PN dilihat tiada arah tuju dalam usaha meraih undi pada PRK Mahkota esok.

Iklan

Puad berkata, Pengarah Jentera PN PRK Mahkota Azmin Ali dilihat keseorangan dalam usaha memenangkan calon pilihannya Mohd Haizan Jaafar dengan rakan sekutu Pas menjauhkan diri.

Tambah Idris, Puad tidak sepatutnya berpolitik seperti di akhir 80-an kerana pada masa kini semua maklumat boleh didapati di hujung jari.

"Mungkin kepalanya masih pening lepas ambil pengalaman daripada Parti Komunis Cina. Insya-ALLAH ikatan kami dalam PN tetap kukuh.

"Jelasnya ikatan parti dalam PH yang berpecah. Janganlah hendak menutup masalah dalaman PH UMNO dan DAP, maka cuba mereka cerita perbalahan PN," ujarnya.