KUALA LUMPUR- Perbicaraan hari pertama terhadap isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kes projek solar bermula dengan peguambela, Datuk Jagjit Singh mengadu bahawa doktor yang merawat Rosmah ketika di hospital berasa terancam.
Beliau mengatakan tindakan tersebut sebagai ancaman dan meminta hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan memastikan perkara itu tidak berulang.
Bagaimanapun,Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, doktor bebas membuat laporan polis jika berasa terancam.
Hakim Mohamed Zaini memberitahu perkara itu berada di luar bidang kuasa mahkamah untuk bertindak seperti yang diminta oleh peguambela.
Rosmah hadir di Mahkamah Tinggi di sini hari bagi perbicaraan hari pertama kes rasuah.
Beliau tiba di kompleks mahkamah pada 9.55 pagi sambil ditemani peguam dan ahli keluarganya.
Rosmah yang berbaju kurung hijau dan berselendang hijau dipimpin pembantunya dan kelihatan masih lemah namun cuba menggagahkan diri hadir di kamar mahkamah.
Isnin lalu, Rosmah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Ampang kerana sakit belakang dan tengkuk yang serius.
Perbicaraan ditangguhkan selepas peguamnya Jagjit Singh dan Akberdin Abdul Kader memberitahu Hakim Mohamed Zaini, anak guamnya tidak dapat hadir ke mahkamah kerana masalah kesihatan.
ARTIKEL BERKAITAN Rosmah masuk hospital, alami sakit belakang, tengkuk
Rosmah didakwa 'bossy' boleh pengaruhi keputusan kerajaan