MBA Putra Business School terbaik di Malaysia, ke-23 di Asia

Iklan
Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Putra Business School (PBS) diiktiraf sebagai program MBA terbaik di Malaysia dan ke-23 dalam rantau Asia oleh QS Global MBA Rankings.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Putra Business School (PBS) diiktiraf sebagai program MBA terbaik di Malaysia dan ke-23 dalam rantau Asia oleh QS Global MBA Rankings.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PBS, Profesor Dr Azmawani Abd Rahman berkata, lonjakkan tersebut berubah daripada tempat ke-24 tahun lalu menerusi tiga kategori iaitu kepimpinan pemikiran, pulangan pelaburan dan peluang pekerjaan.

Iklan
Iklan

"Selain itu, PBS juga berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu daripada 200 Program MBA teratas di peringkat global.

"Keputusan ini diumumkan QS Top Universities pada 25 September lalu. Pencapaian itu juga menekankan komitmen PBS terhadap kecemerlangan akademik, pendidikan bertaraf dunia dan pemupukan pemimpin manusia.

Iklan

"Pencapaian luar biasa ini adalah bukti usaha fakulti, kualiti pelajar dan komitmen mendalam kami untuk memupuk penyelidikan yang memberi impak serta kemahiran relevan dengan industri,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut berharap menerusi pengiktirafan tersebut akan menarik lebih ramai pelajar untuk menyertai PBS.

Iklan

Ujarnya, PBS telah menunjukkan dedikasi berterusan terhadap kecemerlangan akademik, penyelidikan dan penglibatan komuniti.

Jelasnya, kedudukan teratas itu bukan sahaja merupakan kejayaan masa lalu tetapi juga memperkuat visi PBS untuk menjadi sekolah perniagaan utama di rantau ini.

Tambah beliau, PBS merupakan sekolah perniagaan pertama di Malaysia yang diiktiraf The Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) dan sebuah organisasi abad ke-21 iaitu The Alliance On Business Education and Scolarship For Tomorrow (ABEST21).

"Untuk mengimbangi antara teori dan amalan, kursus PBS yang diiktiraf secara global dibimbing oleh pengamal industri dan ahli akademik yang berpengalaman.

"Semua tawaran program PBS diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia dan diluluskan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta menjadikannya sebagai sekolah perniagaan pertama yang menerima akreditasi tersebut.