ISTANBUL - Bekas penyerang Turkiye dan Fenerbahce, Serhat Akin ditembak di kaki ketika dia meninggalkan sebuah studio TV di Istanbul pada Khamis, menurut Agensi Berita Jerman (dpa), yang memetik kenyataan media sosial dan laporan agensi berita kerajaan.
"Mereka menembak kaki saya selepas program," tulis Akin di platform X pada Jumaat, berkongsi imej buku lalinya yang berlumuran darah.
Iklan
Iklan
Akin dibawa ke hospital untuk rawatan, lapor Agensi Berita negara Anadolu, sambil menambah bahawa rakaman CCTV menunjukkan penyerang melarikan diri dengan motosikal.
Sebab sebenar di sebalik serangan itu masih belum diketahui.
Menteri Sukan Osman Askın Bak, Persekutuan Bola Sepak Turkiye (TFF) dan Fenerbahce mengutuk insiden itu.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji itu dan mendoakan Serhat Akin segera pulih," tulis TFF di X. - Bernama-dpa