Program TVET tahfiz terus tunjuk perkembangan positif - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid (tengah) melawat reruai pameran pada Majlis Perasmian Ekspo TVET KKDW 2024 di MITC pada Jumaat. Foto Bernama

MELAKA - Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Tahfiz terus menunjukkan perkembangan positif apabila 662 pelajar aliran tahfiz sedang menjalani latihan dalam bidang teknologi dan profesional melalui program berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, melalui program itu juga sebanyak 17 hufaz telah mendapat pekerjaan termasuk dalam bidang penerbangan.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara turut yakin hufaz yang sedang menjalani latihan berkenaan akan diambil bekerja oleh syarikat multinasional antarabangsa atau tempatan selepas tamat pengajian kelak.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata demikian kepada media selepas merasmikan Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KKDW 2024: Memperkasa Agenda TVET Nasional di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh pada Jumaat.

Iklan

"KKDW juga giat melaksanakan TVET Tahfiz yang mengintegrasikan pendidikan Islam dengan kemahiran teknikal bagi melahirkan modal insan hufaz," katanya.

Dalam pada itu Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KKDW 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, merupakan tahun keenam pelaksanaanya melibatkan penyertaan dan kerjasama daripada 279 institusi pendidikan TVET@KKDW di bawah tujuh agensi KKDW. - Bernama

Iklan