Hutan Simpan Bukit Kinta

Iklan

Pokok yang ditebang berhampiran Hutan Simpan Bukit Kinta di Perak didakwa untuk memberi laluan kepada ladang durian, ketika tinjauan Bernama di Kampung Orang Asli Sungai Tonggang, Ipoh, baru-baru ini.

Gambar yang dirakam satelit Google Earth pada 16 Februari 2024 menunjukkan kawasan itu penuh dengan pokok dan tumbuhan.

Iklan
Iklan

Kini, bahagian atas bukit itu sudah gondol, ditarah menjadi lereng, mendedahkan tanah berwarna kuning. Di kaki bukit itulah terdapat Sungai Semat yang tampak lebih sebagai anak sungai.

Lebarnya sekitar satu meter dan mengalir terus ke Sungai Kinta, salah satu sungai utama di Perak. Pada waktu tengah hari bulan Jun itu, jelas kelihatan kawasan tebingnya tiada tumbuhan, kecuali sedikit belukar. Foto Bernama

Iklan
Iklan