SAR dua beradik hanyut, bomba selongkar lumpur dan kayu balak

Iklan
Operasi SAR dilakukan di permukaan atas air dan turut mendapat bantuan daripada anjing pengesan dari Unit K9.

KENINGAU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua beradik yang dihanyutkan arus sungai diteruskan di kawasan longgokan lumpur, kayu balak dan serpihan kayu di sungai Kampung Dalit, Sook, pada Jumaat.

Operasi SAR, Tipah Ashrul, 2, dan adiknya, Fadlie berusia dua bulan yang memasuki hari ke empat itu turut melibatkan jentera jenis jengkaut untuk mengeluarkan kayu balak dan serpihan kayu bersama lumpur di tepi sungai kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Faisal Ahmad berkata, operasi dimulakan pada jam 8 pagi dengan kaedah pencarian atas air bersama agensi lain dan orang awam.

"Longgokan lumpur, kayu balak dan serpihan kayu diselongkar dengan bantuan jentera milik sebuah syarikat. Namun sehingga kini kedua-dua mangsa belum ditemui," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Operasi SAR dua beradik menggunakan jengkaut di lokasi kejadian mangsa dihanyutkan arus sungai.

Faisal berkata, operasi kemudian ditangguhkan pada jam 5 petang dan akan disambung semula pada Sabtu.

Iklan

"Maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa namun lokasi kejadian tiada liputan talian telefon atau liputan Trunk Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) untuk menyalurkan maklumat dengan segera," katanya.

Sebelum itu, pada Selasa lalu dilaporkan tujuh individu hanyut dibawa arus ketika banjir di tempat kediaman mereka.

Dalam kejadian itu, lima terselamat manakala dua lagi iaitu kanak-kanak dan bayi dilaporkan hilang.