'Balas fitnah dengan kemaafan, jadi orang lebih hebat'

Iklan
Mujahid

SHAH ALAM - Kedudukan mangsa yang dituduh dengan berbagai tuduhan keji, fitnah, pembohongan dan kebencian akan menjadi lebih hebat apabila memaafkan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, ia berikutan individu yang berada di atas pentas politik bercakap atas kebencian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, apabila mangsa mula memaafkan segala perbuatan keji tersebut, maka jiwa mereka lebih tinggi.

"Dia lebih tinggi jiwanya kerana kemaafan itu satu-satu sifat yang bukan melambangkan kelemahan tetapi mengajar masyarakat bahawa orang yang berkata dengan kata-kata pembohongan dan keji ini sebenarnya orang yang paling lemah di dunia.

Iklan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar segelintir pihak yang membuat tuduhan liar ke atas dirinya yang dilihat tidak berkesudahan.

Beliau yang kesal dengan tuduhan liar itu memberitahu terdapat isu yang sudah berlaku puluhan tahun lalu yang diungkit kembali sekali gus mendatangkan fitnah.

Iklan

Selain itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu juga memberitahu bahawa politik di Malaysia sudah menjurus ke arah perbuatan toksik yang dipenuhi dengan racun fitnah dan pembohongan.

"Politik kita telah menjurus ke arah politik toksik dipenuhi dengan racun-racun fitnah, racun-racun pembohongan.

"Akhirnya, timbullah isu cakap-cakap penghinaan, cakap-cakap atas kebencian,” ujarnya.